Sunday, April 4, 2010

Perkampungan Nelayan Berpotensi






Sebut sahaja nama tok bali,kebanyakan rakyat negeri che siti wan Kembang pasti akan membayangkan sebuah perkampungan nelayan yang mempunyai pemandangan yang cukup cantik.Setiap pagi kita boleh melihat deretan bot-bot besar nelayan yang pulang membawa hasil tangkapan seawal jam 6 psgi.Bagi mereka yang mengidamkan makanan laut yang segar dan murah, inilah tempatnya.

Di samping aktiviti penangkapan ikan laut dalam, banyak terdapat resort untuk penginapan si penggemar kepada keindahan pantai dan juga yang ingin meluangkan masa bersama keluarga sambil menghilangkan tekanan setelah penat berkerja.